nuffnang ad

Monday, 22 April 2013

Pulau Tioman


Assalamualaikum  =)



Kepada yang tak pernah pergi Pulau Tioman mesti tertanya2 seronok kew tak kn? Well, macam tue lar kami masa sebelum pergi. Siap soal siasat habis semua kawan2 macam mana pulau tioman uh. Yela kalau tak best taknak lar kitorang pergi kan. Tapi semua orang just cakap 'erm, boleh lar'. Sakit hati pulak kan bila dengar jawapan tue. So, dengan beraninya aq pom pergi lar ke mersing hanya berpandukan google map jew, haha. Ukey, kita teruskan dengan crita aq pasal pulau tioman nie. Best kew tak yer? Aq naik feri dari Mersing, so parking kereta kat mersing RM20 untuk 2 malam.Tambang feri pergi balik RM70 seorang. 




Untuk pengetahuan korang, feri nie akan berhenti 5 destinasi. Yang pertama hentian kg genting, kg paya, tekek, kg air batang dan last skali kg salang. Feri nie ada jadual dia tp jadual berubah2 sebab ikut air pasang surut. Actually aq ada jadual feri tue tp disebabkan dah hilang, tak dapat lar nak tunjukkan, huhu. Aq menginap chalet kat kg salang jew, jadi ada gamba2 kat kg salang je. Timing aq pegi pulak tak kena, sebab musim hujan.





Yang nie adalah jeti di kg salang. Pemandangan sangat cantik. Sampai jew, terlopong aq tgk. Jernih betol air laut kat sana. Orang2 kg pon ramah belaka. Kalau ada masalah just tanya jew, dya mesti tolong.



Nampak tak muka excited dia. Haha






Ha, yang nie kawasan chalet yang aq duduk. Inilah kg salang! Hihi. Cantik kan? Patotnya aq ambik gmbar lebih lagi. Huhu. Menyesal pulak. Harga chalet kat sini takde lar mahal sangat pon. Harga standard jew.




Tadaa! nie antara chalet bajet,hihi. Tak mampu nak duduk chalet mahal. Chalet nie cuma RM110 jew untuk satu malam. Aq pergi 2 malam, kena lar RM220 tp kena charge RM20 untuk hari minggu. Chalet nie boleh pilih nak aircond kew tak. Kalau tak ada aircond murah sikit lar.




Nampak cantikkan? Tapi nie sebenarnya longkang, haha. Longkang pon jernih.




Gamba2 nie bukan copy paste yer  =) 




Harga makan kat sini standard jew. Biasalah nama pon pulau kan. Kalau kitorang 2 orang dalam RM 200 jugak lar untuk makan 3 hari.








Disebabkan kitorang tak dapat nak buat aktiviti macam scuba diving, berenang jadi inilah aktiviti kitorang, bergambar. Antara tempat yang seronok nak melawat sebenarnya kat Tekek. Salang nie seronok untuk tempat romantis, hihi.





Nie time kitorang nak balik dah. Masing2 penat sebab tertinggal feri and terpaksa naik speed boat. Sebab tu aq nasihatkan jangan percaya sangat jadual yang dia bagi, korang kena plan betol2 dulu, jangan lambat nanti tertinggal feri melayang lagi duit, RM 35 seorang.