nuffnang ad

Monday 25 March 2019

Resepi rendang ayam sedap dan mudah!

Resepi rendang ayam ni mudah sesangat! Yang penting sedappp. Memandangkan yana takde tanam daun kunyit, so kita skip daun kunyit. Puas mencari daun kunyit tapi takde. Tapi takpe, masih boleh masak rendang sedap. Kalau nak masukkan daun limau purut pun boleh. Tapi yana guna bahan-bahan yang ada saje. Portion yang yana gunakan ialah untuk 2 orang makan.


Bahan-bahan:




  1.  Bawang merah 4biji
  2.  Bawang putih 2biji
  3.  Cili kering (rebus)
  4.  Halia 1inci
  5.  Serai 2batang (serai besar, kalau ada serai kecik tambah lagi dalam 2batang) Bahan-bahan diatas semuanya blend sekali yer.
  6.  Kerisik
  7. Santan 1cawan (yana guna santan m&s. Kalau santan perah mungkin takperlu banyak air)
  8.  Ayam 5ketul

Caranya:


  1.  Tumiskan bahan yang di blend.
  2.  Bila tumisan dah naik minyak masukkan ayam. Kacau dalam 5min supaya ayam masak.
  3.  Masukkan santan dan air. Sukatannya 1cwn santan:1cwn air
  4.  Masukkan kerisik
  5.  Biarkan mendidih kemudian kacau supaya tak pecah minyak. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula. Done!



Bagi yang suka berkuah boleh la tutup api bila ayam dah masak. Bagi yang suka kuah rendang tu pekat dan tak cair, perlulah kacau lama sikit. Kena bersabar sikitlah. Ikot pada citarasa masing-masing. Janji sedap di tekak.

Sunday 24 March 2019

Checklist barang untuk ke hospital

Assalamualaikum...
Content untuk entry kali ni berkenaan dengan barang-barang yang perlu dibawa untuk ke hospital sebelum bersalin. Entry kali ni penting untuk ibu-ibu yang pertama kali melahirkan ambil berat. Yang dah ada pengalaman mungkin dah boleh imagine sendiri kelengkapan apa yang perlu dibawa ke hospital. Pengalaman bersalin setiap individu berbeza. Mungkin ada yang tak expect bersalin awal, mungkin ada yang masih ternanti-nanti kehadiran si comel. So, ibu-ibu mestilah buat persediaan awal. Tak salah untuk bersedia sebab yang nak berperang nanti pon diri sendiri. Macam yana seawal 7bulan lagi yana dah prepare dan asingkan barang-barang dalam beg khas untuk ke hospital.  Time ni jugak yana dah siap-siap basuh semua baju baby. Okay, ini list barang-barang yang penting :


Barang keperluan ibu
  1. Kain batik
  2. Stoking tebal
  3. Baju sehelai (bawak sehelai je sebab sepanjang dekat hospital korang akan pakai baju yang hospital sediakan. Baju ni prepare untuk keluar hospital nanti)
  4. Panties pakai buang (yana sangat suka panties ni sebab tak tebal, tak panas. Yana beli dekat watsons je. Lagipon nanti kita takkan sempat nak basuh darah etc dekat panties tu so lebih baik pakai panties macam ni)
  5. Earphone & handphone (sebab dekat hospital tersangatlah boring yer)
  6. Tuala & toiletries
  7. Selipar (masa pegi hospital jangan pakai kasut lawa-lawa yer guys. Nanti susah nak berjalan esp lepas beranak tu)
  8. Pad (ikut suka korang nak pakai maternity pad atau pas overnight je. Yana pakai maternity tu sebab selesa dan rasa secure sikitla)
  9. Makanan dan minuman (sebelum beranak mestilah akan lapar je sebab masih mengandung. Lepas beranak pon kita akan lapar sebab beranak tu penat ya amat okay. Tapi yana lepas beranak teros tido sebab yana masuk ward pukul 4pagi. Esoknya bangun-bangun kelaparan. Nasib baik dah bawak bekal siap-siap. Dekat hospital pagi dorang bagi makan roti sapu mentega je. Mana mau kenyang. Ouh jangan lupa bawak cawan atau bekas air untuk isi air panas. Nurse akan tanya nak air panas ke tak. Nanti dorang sediakan)
  10. Buku pink (jangan lupa bawak sebelum serah diri tau)


Barang keperluan baby

  1. Baju baby (sepasang dua dah cukup. Masa yana haritu sepasang pon dah cukup sebab yana bersalin malam so petang yana dah discharge)
  2. Mittens dan topi
  3. Kain bedung
  4. Kain lampin 
  5. Diapers (bawaklah 10keping buat spare. Baby dia akan kerap berak dan kencing)
  6. Wet tissue (penting untuk basuh punggung baby sebab kita takkan mampu nak angkat basuh baby dekat toilet. Masa dekat hospital nasib baik yana bawak tapi yana tak reti langsung nak tukar pampers baby. Nasib baik ada akak dekat ward tu tolong tunjukkan)



Selamat maju jaya yer ibu-ibu dekat luar sana. Kuatkan semangat anda dan sentiasalah berzikir. Tips untuk yang first timer, rajin-rajinlah bersembang dengan akak-akak sebelah katil tu. Mana tau dia boleh tolong sebab nurse takkan tolong kita uruskan baby. Sendirian berhad yer. Esp hospital kerajaanlah. Kalau tak tau jangan malu bertanya dengan jiran sebelah katil.

Friday 22 March 2019

Resepi roti gulung inti sardin

Resepi yang sangat-sangat sedap dan simple. Serius! Yang bujang-bujang tu boleh la buat untuk sarapan ke minum petang ke. Nak hidang untuk tetamu pon boleh. Yang takde idea nak makan apa hujung-hujung bulan ni. Mudah sangat tak sampai 10 bahan pon.


Bahan-bahan :

  1. 1 tin kecil sardin
  2.  Bawang merah (tak kisahla bawang apa-apa, holland ke london ke. Seberapa banyak yang korang suka)
  3. Cili merah 3batang (ikut pada tahap kepedasan masing-masing)
  4. Roti 
  5. Tepung gandum
  6. Telur 1biji


Masak intinya dulu :

  1. Tumis bawang dan cili
  2. Masukkan sardin dan hancur-hancurkan isi ikan
  3. Tambah perasa iaitu garam dan gula sikit. Tutup api biar sejuk


Cara sediakan salutan roti :
Bancuh telur dengan sedikit tepung. Tepung tu agak-agak saja. Dalam 2sudu setengah.



Next step :

  1. Lenyekkan roti. Gunalah apa-apa barang yang ada. Lenyek guna cawan pon boleh
  2. Taruh inti dan gulungkan roti
  3. Untuk lekatkan roti, bancuh tepung dengan sedikit air terlebih dahulu. Biar tepung jadi pekat umpama gam.
  4. Kemudian salut roti dengan salutan roti yang dah disediakan tadi.
  5. Dan gorengggg. Pastikan jangan goreng terlalu lama untuk elakkan roti hangit.

Thursday 21 March 2019

Resepi sambal daging burger




Ini adalah salah satu makanan jimat untuk yana masa study dulu. Sangat-sangat senang dan gerenti sedap. Bahan-bahan pun tak banyak. Ini pun suami yana request untuk masak harini. Untuk pengetahuan, bawang merah dan bawang putih yana dah blend banyak siap-siap. Cili kering pon sama. Maklumlah anak kecil kena cari jalan untuk jimatkan masa. Tapi takpe, korang boleh masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kering mengikut citarasa.


Bahan-bahannya:
  1. Daging burger 4ketul
  2. Bawang putih dan bawang merah yang dah dikisar 2senduk
  3. Cili kering yang telah dikisar 2senduk
  4. Sedikit sos tiram




1.     Goreng daging burger terlebih dahulu. Lagi bagus goreng dalam kuali non stick sebab tak perlu masukkan minyak. Daging burger ni akan keluarkan minyak dari dagingnya.
2.     Gunakan minyak daging tadi kemudian tumis bawang dan cili kering. Kalau tak cukup boleh tambahkan lagi minyak. Tumis sampai pecah minyak yer. Lagi lama tumis lagi sedap tapi jangan sampai hangus pulak.
3.     Kemudian masukkan sos tiram dan sedikit air.
4.     Perasa dengan garam dan gula. Pastikan jangan banyak sangat garam sebab daging burger tu sendiri dah masin.
5.     Masukkan daging burger. Balik-balik and done! Selamat mencuba.

Wednesday 20 March 2019

Resepi Sup Sayur simple



Memandangakan yana seorang ibu yang ada anak kecil, so yana mampu masak masakan simple. Ikot keadaan jugak, kalau aisyah tak meragam boleh lah yana masak sedap-sedap sikit. Kesian suami takkan hari-hari nak masak masakan simple. Rasanya ramai yang dah tau masak sup sayur ni. Tapi yana saja nak share jugak. Yang penting untuk resepi kali ni korang boleh masukkan apa-apa jenis sayur yang korang suka. Nama resepi pun sup sayur simple, memang simple habis la. Yana cuma guna sayur sawi dan carrot je.
Bahan-bahan:
  1.  Bawang merah
  2.  Bawang putih
  3. Cili hijau
  4. Sawi
  5. Carrot
  6. Kentang 2 biji
  7. Telur 2 biji
  8. Kiub ayam

  1.  Macam biasa, mula-mula tumis bawang dengan cili.
  2.  Kemudian masukkan air. Tunggu sampai mendidih dan masukkan kentang dahulu, tutup sampai kentang betul-betul empuk. Tunggu dalam 5minit.
  3. Kemudian masukkan kiub ayam. Kalau nak tambah air boleh tambah lagi. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam jugak.
  4.  Masukkan carrot, sawi dan akhir sekali masukkan telur. Tutupkan kuali supaya telur masak. Jangan dikacau sebab kita taknak telur hancur. Sekadar siram-siramkan air atas telur je. Done!






Tuesday 19 March 2019

Pengalaman bersalin anak pertama



Assalamualaikum readers

               Alhamdulillah, setelah lama menyepi kali ni yana akan cuba menulis kembali. Lama juga yana tinggalkan blog ni berhabuk makanya tiba-tiba terdetik untuk mulakan balik. Entry kali ni yana nak mulakan dengan pengalaman yana bersalin dan InsyaAllah akan yana panjangkan sehingga pengalaman membesarkan anak pertama. Sesiapa yang sedang mengandung ataupun yang masih menunggu rezeki, yana doakan semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat. Alhamdulillah yana dah pun selamat melahirkan seorang princess yang sangat comel pada 28 November 2018 di Hospital Besar Kangar. Yana pasti sebelum melahirkan ramai yang sedang fikirkan sama ada nak melahirkan di hospital kerajaan or hospital swasta. Kalau nak tau, baca di entry Hospital swasta atau kerajaan. Yana ada senaraikan perbezaan Bersalin hospital kerajaan atau swasta?

26 November 2018


               Kalau diikutkan due date yana 1 Disember tapi 27 November dah pun warded. Alkisahnya, sejak hujung-hujung mengandung ni yana rasakan yang pergerakan baby dah lambat. Sepatutnya kiraan tendangan baby start pukul 9 pagi sampai 9 malam mesti dah lengkap 10 tendangan. Tapi baby yana dah start lambat gerak and kadang-kadang tak cukup pon kiraan tendangan baby tu. 26hb tu yana rasa baby macam tak bergerak. Sampi pukul 9 malam pon 3kali tendang je. Disebabkan yana risau apa-apa jadi dekat baby pukul 12 malam terus ajak husband pergi hospital untuk cek. Yana takde apa-apa tanda untuk bersalin yang obvious pon cuma ada la contraction sikit-sikit tu. Bila doctor cek, nadi baby okay, semuanya okay bukaan pon belom lagi. Rasa lega la sikit sebab dah tau baby okay je and dalam fikiran ‘yeay! Boleh balik tidur’. Niat yana sekadar nak cek baby je, nak tau nadi baby okay ke tak je. Tapi tak sangka doktor saran warded terus sebab katanya buat apa tunggu-tunggu lagi sebab baby dah matang and dah nak dekat due dah pon. Tambah pulak yana ada gdm and memang tak boleh bersalin lebih dari due date. Doktor nasihat kalau dekat hospital ada nurse yang boleh pantau nadi baby. Macam-macam perasaan ada masatu, takut ada, excited pon ada sebab tak sabar nak jumpa baby. 9bulan kot tunggu-tunggu nak tengok muka baby. Akhirnya yana ikut jugak saranan doktor sebab doktor takut apa-apa jadi dekat rumah sebelum bersalin. Pukul2 pagi yana masuk ward bersalin. Oh ye, sebelum warded tu sebenarnya doktor buat manual bukaan yer, 1cm. Sebab apa tak pasti. Time ni dah 2 kali yana kena seluk. Yang pernah rasa je tau sakit ke tak kena seluk ni. Kejadian seluk menyeluk ni pon sebenarnya tak selesa sebab tu ada yang pilih untuk natural birthing. Time cek baby dekat ctg pon tak selesa. 


Tukar uniform warna pink untuk yang belum bersalin lagi. Yang dah bersalin uniform warna hijau.


27 November 2018


      Yana tak pernah tidur dekat hospital, nilah kali pertama dalam hidup. Sebab tu bila doktor sebut warded terus kecut perut. Tapi okay je tidur sebab yana warded pon dah pukul 2 pagi. Bangun pagi macam biasa, nurse dah kejut ibu-ibu yang dah bersalin untuk makan ubat. Doktor pon akan datang cek pesakit. Yana masih lagi belum turun apa-apa tanda. Doktor cek bukaan pon belom lagi. Lepastu nurse datang suruh cek perut dekat mesin ctg tu. Kalau okay, tunggu la lagi. Dalam pukul 10 pagi  macam tu, yana jumpa doktor and doktor sarankan induce pulak. Tapi kena ada consent dari ibu mengandung and husband. Waktu melawat pukul12 tgh hari jadi, yana terus mesej husband. Kami setuju untuk induce lagipun  yana taknak warded lama-lama. Sebelum induce kena puasa 2jam. Nurse cakap pukul 12 dah kena start puasa sebab induce pukul 2 petang. Dalam pukul 3 lebih yana dah dimasukkan ubat induce. Kalau induce pertama masih tak bersalin, ibu-ibu akan di induce kali kedua. Kalau masih tak bukak jugak jalan, terpaksalah czer. Sementara menunggu bukaan tu yana dengar ayat-ayat AlQuran, baca surah Maryam, selawat banyak-banyak. Pukul 6 yana dah tertidur atas katil sambil dengar ayat Quran. Tiba-tiba pukul 7 yana terasa macam ada benda meletup and banyak sangat-sangat air keluar. Macam air kencing yang tak boleh nak tahan. Terus yana tekan butang panggil nurse. Nurse datang dia suruh pakai pad and dia seluk tengok bukaan baru 3cm. Haa, lepas nilah start rasa contraction. Contraction ni macam rasa senggugut yang paling teruklah. Selang 10minit akan sakit. Tak dapat nak tahan-tahan macam senggugut. Yana panggil nurse sebab sakit sangat tapi bila cek bukaan baru 4cm. Nurse cakap LR penuh and yana kena tunggu giliran. Kalau ikutkan nurse cakap bukaan 5cm keatas baru boleh masuk LR. Yana sampai berpeluh-peluh tahan sakit. Time nilah yana dah tak peduli nak seluk ke apa sebab sakit contraction tu lagi sakit. Sampailah kemuncaknya, contraction dah start selang 1min. Baru nak tarik nafas dah rasa sakit balik.  Yana pulak sampai dah lupa nak panggil nurse and tahan sakit sambil merengek-rengek. Last sekali tak dapat nak tahan yana teran atas katil tu. Nasib baik time tu nurse datang. Bila nurse cek jalan dah bukak 9cm. Terus kelam kabut semua nurse and terus tolak masuk LR. Dalam pukul 11 lebih yana dah masuk LR and nurse tolong callkan husband suruh datang untuk temankan bersalin. 




28 November 2018


          Maka lahirlah puteri sulung kami pada jam 0006 yang diberi nama Aisyah Haura. Alhamdulillah yana bersalin normal dengan jahitan yang agak banyak sebab first time tak pandai teran kan. Nyaris kena czer sebab heartbeat baby dah lemah. Dengan bantuan nurse tekankan perut barulah baby keluar. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Sampai sekarang masih terasa sakit and hangat badan baby masa baby diletakkan atas perut. Hanya yang mengalami je yang tahu perasaan ibu ni. Sepanjang bersalin yana menangis je sebab tak sangka dah jadi ibu. Sementara nurse jahit, baby dimandikan bagi wangi-wangi. So, ibu kenalah melayan proses jahitan selama 4jam. Mungkin sebab yana banyak terkoyak. Dalam pukul 2 petang yana dan baby dah discharge. 


Buah hati ibu masa fresh lepas keluar dari perut ibu.


Pengorbanan seorang ibu belum berhenti di sini yer. Proses berpantang pon ada cabarannya. Yana akan share pengalaman berpantang dalam next entry okay. Kepada ibu-ibu diluar sana, you are superwoman. I love you mak. Lepas dah mengalami proses-proses membesarkan anak barulah yana faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Pengorbanan mereka ni tak berhenti sampailah nafas yang terakhir.

Bersalin hospital kerajaan atau swasta?



Bagi ibu-ibu yang bakal menyambut kelahiran pertama mahupun seterusnya pasti ingin merasai kelahiran dengan environment yang selesa dan seronok. Bersalin di hospital swasta mahupun hospital kerajaan adalah pilihan mutlak masing-masing. Ini adalah hasil daripada research yana dekat google dan berdasarkan pengalaman sendiri.


1)      Perkhidmatan
Of courselah perkhidmatan di hospital swasta lebih tiptop dengan layanan yang istimewa. Ini memang tak dapat disangkal lagi. Berbaloi la dengan harga pakej yang ditawarkan. Malah anda akan dilayan dengan begitu baik sekali. Berbanding dengan hospital kerajaan, anda haruslah pandai berdikari yer. Takde orang yang nak tolong tolak naik kerusi pergi toilet. No, no, no. Lepas bersalin pandai-pandailah bangun mandi dan uruskan diri sendiri. Yana masa dalam ward nasib baik katil depan bilik air je. Jaga anak pun sendiri-sendiri je walaupun first timer.

2)      Kos belanja
Sememangnya caj di hospital swasta lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau yang bersalin secara czer. Paling kurang yang perlu ada dalam simpanan untuk bersalin czer RM7000. Masa kpj perlis baru buka diorang ada buat promosi. Ini harga bagi ibu-ibu yang bersalin normal:
     Single room RM1990
     2bedded RM 2140
     4bedded RM2240
Kalau hospital kerajaan, selepas tolak subsidi kerajaan, caj hanyalah dalam RM45 sahaja. Save duit korang.

3)      Kebebasan memilih doktor dan tarikh
Di hospital swasta, anda diberi kebebasan untuk memilih sama ada doktor perempuan atau doktor lelaki untuk menyambut kelahiran. Pasti seronok kan, terutama bagi yang sangat memilih dan pentingkannya. Malah kalau anda mahukan tarikh tertentu untuk anak anda juga boleh.

4)      Waktu melawat
Bagi ibu-ibu yang memerlukan sokongan ahli keluarga, ibu-ibu pasti suka dengan kebebasan waktu melawat di hospital swasta. Yana faham keadaan ibu-ibu masa dalam ward. Time nilah kita akan beremosi sebab kita akan menghadapi kesakitan yang teramat. Bagi yana, sakit contraction tu lagi sakit daripada ketika bersalin. Dan ketika nilah kita akan perlukan sokongan keluarga.

Banyak lagi pro and cons diantaranya dan korang boleh google je pengalaman ibu-ibu semasa melahirkan. Mana-mana pun pilihan di tangan anda.