nuffnang ad

Tuesday, 19 March 2019

Bersalin hospital kerajaan atau swasta?



Bagi ibu-ibu yang bakal menyambut kelahiran pertama mahupun seterusnya pasti ingin merasai kelahiran dengan environment yang selesa dan seronok. Bersalin di hospital swasta mahupun hospital kerajaan adalah pilihan mutlak masing-masing. Ini adalah hasil daripada research yana dekat google dan berdasarkan pengalaman sendiri.


1)      Perkhidmatan
Of courselah perkhidmatan di hospital swasta lebih tiptop dengan layanan yang istimewa. Ini memang tak dapat disangkal lagi. Berbaloi la dengan harga pakej yang ditawarkan. Malah anda akan dilayan dengan begitu baik sekali. Berbanding dengan hospital kerajaan, anda haruslah pandai berdikari yer. Takde orang yang nak tolong tolak naik kerusi pergi toilet. No, no, no. Lepas bersalin pandai-pandailah bangun mandi dan uruskan diri sendiri. Yana masa dalam ward nasib baik katil depan bilik air je. Jaga anak pun sendiri-sendiri je walaupun first timer.

2)      Kos belanja
Sememangnya caj di hospital swasta lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau yang bersalin secara czer. Paling kurang yang perlu ada dalam simpanan untuk bersalin czer RM7000. Masa kpj perlis baru buka diorang ada buat promosi. Ini harga bagi ibu-ibu yang bersalin normal:
     Single room RM1990
     2bedded RM 2140
     4bedded RM2240
Kalau hospital kerajaan, selepas tolak subsidi kerajaan, caj hanyalah dalam RM45 sahaja. Save duit korang.

3)      Kebebasan memilih doktor dan tarikh
Di hospital swasta, anda diberi kebebasan untuk memilih sama ada doktor perempuan atau doktor lelaki untuk menyambut kelahiran. Pasti seronok kan, terutama bagi yang sangat memilih dan pentingkannya. Malah kalau anda mahukan tarikh tertentu untuk anak anda juga boleh.

4)      Waktu melawat
Bagi ibu-ibu yang memerlukan sokongan ahli keluarga, ibu-ibu pasti suka dengan kebebasan waktu melawat di hospital swasta. Yana faham keadaan ibu-ibu masa dalam ward. Time nilah kita akan beremosi sebab kita akan menghadapi kesakitan yang teramat. Bagi yana, sakit contraction tu lagi sakit daripada ketika bersalin. Dan ketika nilah kita akan perlukan sokongan keluarga.

Banyak lagi pro and cons diantaranya dan korang boleh google je pengalaman ibu-ibu semasa melahirkan. Mana-mana pun pilihan di tangan anda.

No comments:

Post a Comment