nuffnang ad

Tuesday, 19 March 2019

Pengalaman bersalin anak pertama



Assalamualaikum readers

               Alhamdulillah, setelah lama menyepi kali ni yana akan cuba menulis kembali. Lama juga yana tinggalkan blog ni berhabuk makanya tiba-tiba terdetik untuk mulakan balik. Entry kali ni yana nak mulakan dengan pengalaman yana bersalin dan InsyaAllah akan yana panjangkan sehingga pengalaman membesarkan anak pertama. Sesiapa yang sedang mengandung ataupun yang masih menunggu rezeki, yana doakan semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat. Alhamdulillah yana dah pun selamat melahirkan seorang princess yang sangat comel pada 28 November 2018 di Hospital Besar Kangar. Yana pasti sebelum melahirkan ramai yang sedang fikirkan sama ada nak melahirkan di hospital kerajaan or hospital swasta. Kalau nak tau, baca di entry Hospital swasta atau kerajaan. Yana ada senaraikan perbezaan Bersalin hospital kerajaan atau swasta?

26 November 2018


               Kalau diikutkan due date yana 1 Disember tapi 27 November dah pun warded. Alkisahnya, sejak hujung-hujung mengandung ni yana rasakan yang pergerakan baby dah lambat. Sepatutnya kiraan tendangan baby start pukul 9 pagi sampai 9 malam mesti dah lengkap 10 tendangan. Tapi baby yana dah start lambat gerak and kadang-kadang tak cukup pon kiraan tendangan baby tu. 26hb tu yana rasa baby macam tak bergerak. Sampi pukul 9 malam pon 3kali tendang je. Disebabkan yana risau apa-apa jadi dekat baby pukul 12 malam terus ajak husband pergi hospital untuk cek. Yana takde apa-apa tanda untuk bersalin yang obvious pon cuma ada la contraction sikit-sikit tu. Bila doctor cek, nadi baby okay, semuanya okay bukaan pon belom lagi. Rasa lega la sikit sebab dah tau baby okay je and dalam fikiran ‘yeay! Boleh balik tidur’. Niat yana sekadar nak cek baby je, nak tau nadi baby okay ke tak je. Tapi tak sangka doktor saran warded terus sebab katanya buat apa tunggu-tunggu lagi sebab baby dah matang and dah nak dekat due dah pon. Tambah pulak yana ada gdm and memang tak boleh bersalin lebih dari due date. Doktor nasihat kalau dekat hospital ada nurse yang boleh pantau nadi baby. Macam-macam perasaan ada masatu, takut ada, excited pon ada sebab tak sabar nak jumpa baby. 9bulan kot tunggu-tunggu nak tengok muka baby. Akhirnya yana ikut jugak saranan doktor sebab doktor takut apa-apa jadi dekat rumah sebelum bersalin. Pukul2 pagi yana masuk ward bersalin. Oh ye, sebelum warded tu sebenarnya doktor buat manual bukaan yer, 1cm. Sebab apa tak pasti. Time ni dah 2 kali yana kena seluk. Yang pernah rasa je tau sakit ke tak kena seluk ni. Kejadian seluk menyeluk ni pon sebenarnya tak selesa sebab tu ada yang pilih untuk natural birthing. Time cek baby dekat ctg pon tak selesa. 


Tukar uniform warna pink untuk yang belum bersalin lagi. Yang dah bersalin uniform warna hijau.


27 November 2018


      Yana tak pernah tidur dekat hospital, nilah kali pertama dalam hidup. Sebab tu bila doktor sebut warded terus kecut perut. Tapi okay je tidur sebab yana warded pon dah pukul 2 pagi. Bangun pagi macam biasa, nurse dah kejut ibu-ibu yang dah bersalin untuk makan ubat. Doktor pon akan datang cek pesakit. Yana masih lagi belum turun apa-apa tanda. Doktor cek bukaan pon belom lagi. Lepastu nurse datang suruh cek perut dekat mesin ctg tu. Kalau okay, tunggu la lagi. Dalam pukul 10 pagi  macam tu, yana jumpa doktor and doktor sarankan induce pulak. Tapi kena ada consent dari ibu mengandung and husband. Waktu melawat pukul12 tgh hari jadi, yana terus mesej husband. Kami setuju untuk induce lagipun  yana taknak warded lama-lama. Sebelum induce kena puasa 2jam. Nurse cakap pukul 12 dah kena start puasa sebab induce pukul 2 petang. Dalam pukul 3 lebih yana dah dimasukkan ubat induce. Kalau induce pertama masih tak bersalin, ibu-ibu akan di induce kali kedua. Kalau masih tak bukak jugak jalan, terpaksalah czer. Sementara menunggu bukaan tu yana dengar ayat-ayat AlQuran, baca surah Maryam, selawat banyak-banyak. Pukul 6 yana dah tertidur atas katil sambil dengar ayat Quran. Tiba-tiba pukul 7 yana terasa macam ada benda meletup and banyak sangat-sangat air keluar. Macam air kencing yang tak boleh nak tahan. Terus yana tekan butang panggil nurse. Nurse datang dia suruh pakai pad and dia seluk tengok bukaan baru 3cm. Haa, lepas nilah start rasa contraction. Contraction ni macam rasa senggugut yang paling teruklah. Selang 10minit akan sakit. Tak dapat nak tahan-tahan macam senggugut. Yana panggil nurse sebab sakit sangat tapi bila cek bukaan baru 4cm. Nurse cakap LR penuh and yana kena tunggu giliran. Kalau ikutkan nurse cakap bukaan 5cm keatas baru boleh masuk LR. Yana sampai berpeluh-peluh tahan sakit. Time nilah yana dah tak peduli nak seluk ke apa sebab sakit contraction tu lagi sakit. Sampailah kemuncaknya, contraction dah start selang 1min. Baru nak tarik nafas dah rasa sakit balik.  Yana pulak sampai dah lupa nak panggil nurse and tahan sakit sambil merengek-rengek. Last sekali tak dapat nak tahan yana teran atas katil tu. Nasib baik time tu nurse datang. Bila nurse cek jalan dah bukak 9cm. Terus kelam kabut semua nurse and terus tolak masuk LR. Dalam pukul 11 lebih yana dah masuk LR and nurse tolong callkan husband suruh datang untuk temankan bersalin. 




28 November 2018


          Maka lahirlah puteri sulung kami pada jam 0006 yang diberi nama Aisyah Haura. Alhamdulillah yana bersalin normal dengan jahitan yang agak banyak sebab first time tak pandai teran kan. Nyaris kena czer sebab heartbeat baby dah lemah. Dengan bantuan nurse tekankan perut barulah baby keluar. Perasaan yang tak dapat digambarkan. Sampai sekarang masih terasa sakit and hangat badan baby masa baby diletakkan atas perut. Hanya yang mengalami je yang tahu perasaan ibu ni. Sepanjang bersalin yana menangis je sebab tak sangka dah jadi ibu. Sementara nurse jahit, baby dimandikan bagi wangi-wangi. So, ibu kenalah melayan proses jahitan selama 4jam. Mungkin sebab yana banyak terkoyak. Dalam pukul 2 petang yana dan baby dah discharge. 


Buah hati ibu masa fresh lepas keluar dari perut ibu.


Pengorbanan seorang ibu belum berhenti di sini yer. Proses berpantang pon ada cabarannya. Yana akan share pengalaman berpantang dalam next entry okay. Kepada ibu-ibu diluar sana, you are superwoman. I love you mak. Lepas dah mengalami proses-proses membesarkan anak barulah yana faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Pengorbanan mereka ni tak berhenti sampailah nafas yang terakhir.

1 comment:

  1. Alhamdulillah...pengalaman lahir anak pertama ni mmg takkan dilupakan sampai bila2 kan kak

    ReplyDelete