Resepi yang sangat-sangat sedap dan simple. Serius! Yang bujang-bujang tu boleh la buat untuk sarapan ke minum petang ke. Nak hidang untuk tetamu pon boleh. Yang takde idea nak makan apa hujung-hujung bulan ni. Mudah sangat tak sampai 10 bahan pon.
Bahan-bahan :
- 1 tin kecil sardin
- Bawang merah (tak kisahla bawang apa-apa, holland ke london ke. Seberapa banyak yang korang suka)
- Cili merah 3batang (ikut pada tahap kepedasan masing-masing)
- Roti
- Tepung gandum
- Telur 1biji
Masak intinya dulu :
- Tumis bawang dan cili
- Masukkan sardin dan hancur-hancurkan isi ikan
- Tambah perasa iaitu garam dan gula sikit. Tutup api biar sejuk
Cara sediakan salutan roti :
Bancuh telur dengan sedikit tepung. Tepung tu agak-agak saja. Dalam 2sudu setengah.
Next step :
- Lenyekkan roti. Gunalah apa-apa barang yang ada. Lenyek guna cawan pon boleh
- Taruh inti dan gulungkan roti
- Untuk lekatkan roti, bancuh tepung dengan sedikit air terlebih dahulu. Biar tepung jadi pekat umpama gam.
- Kemudian salut roti dengan salutan roti yang dah disediakan tadi.
- Dan gorengggg. Pastikan jangan goreng terlalu lama untuk elakkan roti hangit.
No comments:
Post a Comment