Resepi rendang ayam ni mudah sesangat! Yang penting sedappp. Memandangkan yana takde tanam daun kunyit, so kita skip daun kunyit. Puas mencari daun kunyit tapi takde. Tapi takpe, masih boleh masak rendang sedap. Kalau nak masukkan daun limau purut pun boleh. Tapi yana guna bahan-bahan yang ada saje. Portion yang yana gunakan ialah untuk 2 orang makan.
- Bawang merah 4biji
- Bawang putih 2biji
- Cili kering (rebus)
- Halia 1inci
- Serai 2batang (serai besar, kalau ada serai kecik tambah lagi dalam 2batang) Bahan-bahan diatas semuanya blend sekali yer.
- Kerisik
- Santan 1cawan (yana guna santan m&s. Kalau santan perah mungkin takperlu banyak air)
- Ayam 5ketul
Caranya:
- Tumiskan bahan yang di blend.
- Bila tumisan dah naik minyak masukkan ayam. Kacau dalam 5min supaya ayam masak.
- Masukkan santan dan air. Sukatannya 1cwn santan:1cwn air
- Masukkan kerisik
- Biarkan mendidih kemudian kacau supaya tak pecah minyak. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula. Done!
Bagi yang suka berkuah boleh la tutup api bila ayam dah masak. Bagi yang suka kuah rendang tu pekat dan tak cair, perlulah kacau lama sikit. Kena bersabar sikitlah. Ikot pada citarasa masing-masing. Janji sedap di tekak.
No comments:
Post a Comment