nuffnang ad

Monday 8 April 2019

Resepi telur sambal sedap emmm

Telur sambal ni adalah makanan feveret yana sebab mudah, cepat dan semestinya emmmm dap dap sangat. Rugi kalau korang tak cuba. Makan dengan nasi panas-panas, kicap sikit. Ermmmmm!




Bahan-bahan:
  1.  Cili kering
  2. Bawang merah (dihiris)
  3. Air asam jawa (sikit saje, agak-agak je jangan terlebih masam sudeyhh)
  4. Telur 3 biji




Caranya: 



  1. Rebus cili kering terlebih dahulu
  2. Selepas rebus, toskan dan buang biji cili. Tumbuk sampai lumat.
  3. Masukkan bawang dan tumbuk ala-ala sahaja. Jangan sampai lumat sangat.
  4. Masukkan garam.
  5. Masukkan sedikit air asam jawa. Kemudian kacau rata dalam lesung batu.
  6. Tumiskan bahan-bahan tadi.
  7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji kedalam kuali. Jangan kacau telur tu. Tutup kuali biarkan telur masak. Done!


1 comment: